setelah hampir 2 minggu mencuri masa menyiapkan tempahan terbanyak setakat ini...maka akhirnya siap jugak 50 ekor little dino for wok wedding door gift...so inilah hasil dari mula sampai siap
1. mule2 aku buat 24 ekor sebab nak estimate mase ngan nak budget brape bleh siap dalam 1 hari, pemilihan warna pon penting sebab client nak warna yang terang...
2. dah potong main body part, potong dan tampal duri belakang dino plak
3. dah siap tampal, jahit riben untuk letak ring key chain dan terus jahit dan sumbat filing sampai jadi cam gambar di atas
4. seterusnya, buat untuk yang lain2 pulak
5. 1st 30 yang siap jahit
6. 50 ekor dah siap berjahit
7. selepas siap jahit, tampal corak bintik kat badan dino
8. selepas tu tampal mata pulak
9. akhir sekali letak ring pada dino
10. tadaa...50 ekor dino siap di packing dan akan di hantar kepada tuan yang order...
*** special thanks to syak & family sebab promote bisnes kecil-kecilan ini sampai ade orang order banyak2...now ade banyak tempahan & semoga aku berjaya siapkan semua (^_^)









