28 May 2012

panjat bukit lagii

Peserta : 6 orang ( ninie, kak nad, ryta, kak jie, emma & kak cik )
Tempat : bukit panorama
Tujuan : nak tengok matahari terbit
Waktu mula : 0500 dari kuantan, 0530 sampai bukit panorama, sungai lembing, kuantan
Waktu mendaki : 0545 mula mendaki, 0630 sampai puncak bukit panorama

mari mendaki lagi...kali ini lebih ramai sebab ade yang nak join naek untuk kali ke-2...tapi plan kalini banyak yang tak jadi sebab bile ramai yang ikot, maka masing2 plak ade hal masing2 nak cepat balik buat hal itu ini...maka program kali ini cume mendaki bukit semata~ (kecewa sebab tak dapat mandi air terjun...ngan jalan2 sekitar bandar sungai lembing)

so...ini antara yang di abadikan di sana buat kali ke-2 ini...


antara yang turut menunggu matahari terbit...ada rombongan datang dari johor...


 dari kiri -- ninie, kak nad, emma, ryta & kak jie 



 posing sakan sebab nak turun bukit plak


 pemandangan dari atas bukit


 tempat ni dah sedia tangga, boleh tahan mencabar jugak nak panjat pepagi hari...


 guess what...nenek ni umor 78 tahun masih ade tenaga nak panjat & turun bukit...hebat lah nenek ni...


 rehat sebentar


pemandangan di kampung seberang di sungai lembing

konklusinya...program kali ini mengecewakan aku...so...next plan is pergi mandi di air terjun pelangi plak...sungai lembing...see you soon....

26 May 2012

sarawak again!!!

sarawak lagi!!! ini kali yang ke-4 aku ke sana...tapi tujuan ke sarawak hari ini sebab adik lelaki aku yang no.2 konvo di UiTM campus Kota Samarahan, Kuching...oleh kerana tujuan utama semata untuk memeriahkan konvo beliau, maka niat bercuti & bershopping telah menjadi agenda kedua...hehe...here some picture to share ( yang laen2 ade kt fb )

 kami 3 beradik perempuan di patung kucing


 ini yang di namakan malu2 kucing...


 shopping sakan beli barang2 kiriman orang...sendiri punye x beli lagi...hehe


 suasana graduan sebelum masuk dewan untuk upacara konvo


 kami sekeluarga


kami 4 beradik

hopefully this is not the last time pegi sana...suke melancong ke sarawak sebab seronok esp. barangan kraf tangan kt situ...sarawak...semoga kite berjumpa lagi di masa depan, insyaallah...


03 May 2012

mari mendaki bukit...

Peserta : 2 orang sahaja
Tempat : bukit panorama
Tujuan : nak tengok matahari terbit
Waktu mula : 0430 dari kuantan, 0500 sampai bukit panorama, sungai lembing, kuantan
Waktu mendaki : 0515 mula mendaki, 0600 sampai puncak bukit panorama

Lets plan the unplanned...hehe...mula2 perancangan nak pergi 3 minggu lepas...last2 pergi 1/5/2012 berdua sahaja...kalini memang betul2 gila...tak prepare bawak apape yang sepatutnya pon...capai ape yang sempat...dan akhirnya berjaya jugak sampai ke atas (setakat ni semua plan last minit yang menjadi)

here some of the picture...very sorry for the bad quality of picture...just want to capture some of the precious moment...

--> dari kiri ke kanan 

kami agak bertuah pada hari itu sebab dapat gak tengok matahari terbit sebab cuaca pagi itu cerah dan tidak hujan...

perjalanan pendakian mengambil masa selama 45 minit...tempat ni dah sedia tangga untuk mendaki so takde lah susah sangat...hehe


 insan yang bertanggungjawab mengheret aku ke sini, Rita...


masa untuk turun plak ( gambar mase mendaki xde sebab keadaan gelap gelita)


 kagum ngan untie & uncle ni sebab di usia emas mereka masih gagah mendaki & turun bukit ni...paling sweet mereka tak gaduh2 pon...siap jalan pimpin tangan lagi


signboard ke sini agak tersorok...nasib baek pergi daki ngan orang yang asal tinggal kat sini...hehe

oleh kerana ahli kurang mencukupi...maka kami terpaksa menyekat perjalanan ke tempat2 lain sebab memang planning nak naek lagi sekali lepas ni...dan dapat pergi ke tempat2 lain pula di Sungai Lembing ni...

Penyertaan mengejut tahun ini



seperti yang anda semua lihat...itu adalah poster LARIAN PAYA PAHANG TUA 2012 yang telah berlangsung pada 28/4/2012 di Pekan, Pahang...

macam mane aku boleh terlibat dengan larian ni?? ni semua berpunca dikala aku ternampak iklan mengenai larian ini di dada surat khabar metro aritu...dengan tanpa berfikir panjang...terus call orang yang berkenaan dan bertanya mengenai pertangdingan...teros pegi daftar dan jeng jeng...aku adalah diantara 70 orang peserta larian di bawah kategori wanita terbuka (larian sejauh 7km di atas batas sawah)...

memang niat pergi bukan nak memang...saje nak cabar diri sendiri boleh x nak lari sejauh 7km...tak di sangka-sangka dapat tempat ke-12 out of 70! berjaya lari sejauh 7km dalam masa kurang sejam...start lari pukul 9.00 pagi...aku sampai kat garisan penamat pukul 9.50...well...walau tak menang dalam pertandingan larian ni tapi aku dah rase pemenang untuk diri sendiri dengan apa yang aku dapat capai hari itu...



ini je gambar sempat aku snap di hari kejadian sebab bateri nak kong...hehe...

p/s : bukan selalu buat keje gile dalam hidup...hehe