Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

24 August 2011

kenapa perlu -VE???

manusia melakukan kesilapan...buat salah...

tapi akan sentiasa ada 1 ruang yang teramat-amat besar untuk setiap manusia itu untuk berubah...

room for improvement...

bukan tapi...semestinya pasti...akan ada cabaran untuk melakukan perubahan untuk ke arah kebaikan...

siapalah kita nak menghakimi insan lain sebab kita juga melakukan kesilapan cuma di ketahui atau tidak dari pihak umum...kenapa kita perlu memandang serong kepada pesalah...andainya pesalah itu sudah insaf??...atau kerna dek tersilap langkah...tersasar landasan dalam hidup pesalah itu...kita sebagai manusia yang bersifat belas ihsan sepatutnya membimbing dia ke arah yang lebih baik bukannya memandang serong...manghamburkan perlian dan menyisihkan dia dari komuniti??

perbuatan negatif masyarakat memungkinkan pesalah berasa rendah diri...murung seterusnya memencilkan diri...kerana dia tidak lagi di terima dalam masyarakat...

perbuatan yang salah tetap salah...dan kepada pesalah itu...sesungguhnya insaflah...kembalilah ke jalan yang benar dan jangan ulanginya lagi...

20 June 2011

belajar

di mana2 pon kite belajar...bukan setakat di sekolah atau di pusat pengajian tinggi...pelajaran ketika di sekolah juga berbeza benar dengan dunia realiti...

pelajaran ketika di sekolah adalah suatu ilmu teori manakala pelajaran kehidupan sehari-hari adalah realiti...so persoalannya manakah yang lebih penting??

pada pendapat aku ianya sama penting...tapi penting lagi bijak dalam pelajaran kehidupan itu sendiri...sebab dealing with the real world is super hard than doing the school exam...

dalam dunia realiti takde pilihan jawapan betol atau salah...semuanya subjektif...contoh soalan senang...

1. bagaimanakah nak cari duit??

a. cari kerja part time or full time...kat mane2 tempat yang ade offer keje...tapi duit dapat bulan2 so sekadar cukup makan dan tak mungkin kaya dalam masa yang singkat...tapi masyuk masuk selagi bekerja

b. meragut...tak kire beg sape pon sebat aje...janji dapat duit...tak meragut bermakna takleh makan...

c. merancang satu rompakan besar...plan baek punye lepas tu songlap duit bank ke...duit apape je la janji dapat habuan besar...kompem cepat kaya...pastu simpan duit dalam bank oversea supaya tak kantoi ngan audit dan elak income taxs

d. masuk MLM...maen FOREX...tak pon belajar melabur dalam saham2 yang ade...dari rm1000 bleh beranak banyak duit...tapi kena belajar try & error dan berani tanggung risiko if anything happens...

e. berniaga...tak kire online or pasar malam...yang penting work hard and smart...ade modal & idea bernas so bisnes jalan...

f. jual muka...jual body...duit sekali masuk mesti riban2...sedap pon dapat...keje tak susah pon...layan je la sape yang langgan...janji berduit...no money no service ar...

g. pinjam kat orang...member...keluarga...along...

h. rasuah...bagi projek 'sakit' lulus...beli barang murah dari modal yang diberi...untung leh kaut seblah pihak...selamat tak selamat belakang cerita...


tu baru sikit...banyak lagi jawapan boleh di listkan tapi tu je yang terlintas dalam kepala aku setakat ni...see...tepuk dada tanya selera je nak cara yang mana...halal haram semua ade...yang penting diri sendiri dapat menilai jalan mane yang patut di ambil...

berbalik kepada topik asal...aku memegang kuat kata2 diri sendiri...sesungguhnya bijak belajar di sekolah menjadikan kita bijak pandai dalam pelajaran persekolahan dan bijak belajar alam kehidupan menjadikan kita manusia yang bijak menghadapi kehidupan...jangan campur adukkan dengan istilah 'kejayaan' sebab definisi 'kejayaan' itu sendiri berbeza-beza...

selamat belajar...

07 January 2010

adakah cinta memerlukan sebab??

sekadar berpesan2 - credit to raihana rozlan

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai yang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak!
Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

Suami: 'Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!'

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:

'Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu....
sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati...'

24 September 2009

lidah yang tergelincir

anda mungkin pernah mendengar atau terbaca cerita ini..di sini aku sekadar mahu berkongsi cerita ini dengan kalian...

pada suatu hari...seorang ahli sufi yang termasyhur bernama Syaqiq telah membeli sebiji tembikai...kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya...apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan...ternyata buah tembikai itu tidak elok...maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan itu...
maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya...

" kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu? adakah kepada penjual?...pembeli?...penanam?...atau PENCIPTA buah tembikai itu?"

terdiamlah isterinya...kemudian Syaqiq meneruskan kata-katanya...

" adapun si penjual...sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik...adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga...bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga...maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada PENCIPTA buah tembikai ini...maka bertaqwalah engkau kepada ALLAH dan redhalah dengan segala ketentuan-NYA."

maka menangislah isteri Syaqiq lalu bertaubatlah dia dan redhalah dia dengan apa yang telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T.

pernahkah peristiwa begini berlaku kepada kita??...jawapannya sudah tentu dan mungkin selalu...agaknya sudah berapa kali kita memarahi tuhan sebab bagi kita buah-buahan yang buruk?mungkin bukan buah-buahan sahaja...makhluk ALLAH yang lain juga...

hakikatnya...kita sebagai hamba ALLAH yang selalu leka sering tergelincir lidah...dalam mempertikaikan sesuatu barang...tidak sedar telah mempertikaikan ciptaan TUHAN...banyak sekali pertikaian...kadang2 sesuatu kejadian terjadi tidak seperti dirancang...sesuatu peristiwa atau tragedi...kita telah mempertikaikan TUHAN...

Rasulullah pernah berkata..." kata2 itu lebih tajam daripada mata pedang "

dalam tidak sedar...kita sering mempertikaikan kejadian tuhan...
ingatlah...dengan lidah seseorang boleh memulakan hidupnya sebagai seorang islam iaitu dengan mengucap dua kalimah syahadah dan dengan lidah jua seseorang boleh menjadi kufur bahkan murtad dengan mempertikaikan perbuatan tuhan

maka...awasilah percakapan kita sehari-harian dan berfikir sebelum berkata-kata agar diri kita selamat dari di dakwa di akhirat kelak...renung-renungkan dan selamat menjaga lidah anda...


sedikit sebanyak di adaptasi dari Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj...membina jati diri gemilang




14 September 2009

mengintai dari tirai kamar...

sedang aku mengetuk-ngetuk papan kekunci komputerku...pandanganku terkalih sejenak ke arah jendela...aku termenung...sambil2 tu memandang pemandangan back lane yang tak seberapa indah...tiba2 aku ternampak kelibat seseorang yang aku kenal melalui salah satu tingkap rumah2 yang bertentangan dengan rumah aku...

damn lah...kenapa aku tiba2 rase tersangat rindu dengan insan itu??...kisah kami telah berlalu 2 tahun yang lalu...adekah aku masih menyimpan perasaan dekat die??...

bukan sengaja...tersangat lah kebetulan aku baru tahu yang kami berjiran...rumah menghadap each other...floor je tak same...

maka..motivasi diri aku untuk hari ini adalah :

huhu...usah dikenang perkara yang sudah... (memang aku tak mo ingat tapi bile da ternampak lalu teringat...sape yang tak terkenang...insan pertama yang aku cinta dan yang meninggalkan aku adalah die~)

let everything go with flow... ( yah...i admit it...)

mencintai tidak semestinya memiliki... ( diakui memang benar)

hmmm....semoga ape yang dikenang berlalu pergi...jauh~

31 August 2009

motivasi diri

diam itu pintar...
memang benar...diam itu pintar...
daripada sering berkata-kata...
yang akhirnya tidak memberi sebarang makna malah menonjolkan kelemahan diri...
tiba-tiba aku terpanggil oleh kenangan lama...
kejadian 3 tahun lepas...
konflik antara aku...kawan baik aku...dan lelaki yang aku pernah suka ketika itu...

aku yang telah tewas...
seperti tidak boleh menerima realiti...
terlalu banyak kata-kata pedih aku hamburkan kepada mereka...
sehingga seorang sahabat datang kepadaku dan berkata :

" ko boleh tak kalo nak cakap tu berfikir dulu...fikir untuk masa ini dan masa akan datang...ape yang ko cakap sekarang ni akan memakan diri sendiri...menunjukkan kelemahan diri ko...ko keliru...senang cite ko memperbodohkan diri ko sendiri...ko macam badut ninie...macam badut..."
---> credit too Nafis...thanks menyedarkan aku time ni

bermula dari saat itu aku cuba belajar untuk diam...
dari banyak berkata-kata...
banyak mengeluarkan hujah-hujah dan prinsip hidup...
kadang-kadang terkena jugak bila ade teman-teman yang masih ingat segala kata-kata aku dulu...

" haih...dulu cakap laen...skang jadi laen...cakap tak serupa bikin betolla ko ni..."

aku memilih untuk diam...
diam tidak bererti lemah...
diam bukan menyerah kalah...
diam juga bukan bodoh...
diam itu pintar...