Showing posts with label artwork. Show all posts
Showing posts with label artwork. Show all posts

28 July 2012

Jom kawen ramai-ramai...

entry kali ini masih lagi mengenai hantaran kawen...kebanyakkan kawan2 di sekeliling aku, kawan2 skolah, kawan2 time belajar, kawan2 ofis dan kawan2 aku yang laen semua nak masuk alam perkahwinan...maka aku pon dapatlah 1 lagi job untuk wat hantaran kawen lagi tahun ini...kalini dari kawn seofis aku, die akan kawen pada bulan september ni tapi hantaran dah siap...hehe...

mari kite lihat ape yang dah terhasil...

hantaran kalini menggunakan base polistrin petak cam bantal tu...langlah pertama, balut polistrin tu ngan span nipis (seperti gambar di atas)

langkah kedua, balut pula polistrin+span tu dengan art craft paper, lepas tu hiaskan tepi base tu dengan manik2 berjurai dan tutup pulak dengan labuci banyak2 tu

inilah base yang baru siap proses balut membalut...

ini pulak rupa base yang dah di hias dengan bunga dan bakul, ade 2 jenis bakul yang di gunakan

ini rupa keseluruhan bakul dan base yang telah siap di hias 

okeh, sesi hias base dan bakul pon da siap, maka mari kita letak barang2 hantaran pula


sepersalinan pakaian (baju kemeja dan seluar slack)

 sepasang kasut kasual

 sepasang kasut formal

 satu set minyak wangi

 satu set barang mandian

 dompet duit & tali pinggang

 jam tangan

maaf kerana bad quality of picture (sebab snap pakai camera henpon saje)...cantik atau tidak, anda nilaikan lah untuk saye =)





03 July 2012

setelah sekian lamanyaa

dah lame tak menghasilkan hasil seni hantaran sempena perkahwinan or pertunangan, tahun 2012 ni ade beberapa tempahan yang di terima untuk buat hantaran pulak, ini adelah hasil yang telah di buat, sangat simple, tak tau nak kate lawa atau tidak, anda nilaikan lah untuk saye...hehe...


 hand bag 

 set make up 

 mas kawen, bank draft & barang kemas

 telekung & sejadah

 coklat

 perfume 

 kasut tinggi

 jam tangan & buku

 sireh junjung ( yang ni orang laen buat )

 hantaran kedua-dua belah pihak

pengantin yang di rai, selamat pengantin baru kepada sepupu saye (abang piz) dan isteri (syida), semoga berbahgie sehingga ke syurga 

20 February 2012

wedding door gift

setelah hampir 2 minggu mencuri masa menyiapkan tempahan terbanyak setakat ini...maka akhirnya siap jugak 50 ekor little dino for wok wedding door gift...so inilah hasil dari mula sampai siap


1. mule2 aku buat 24 ekor sebab nak estimate mase ngan nak budget brape bleh siap dalam 1 hari, pemilihan warna pon penting sebab client nak warna yang terang...

2. dah potong main body part, potong dan tampal duri belakang dino plak

3. dah siap tampal, jahit riben untuk letak ring key chain dan terus jahit dan sumbat filing sampai jadi cam gambar di atas

4. seterusnya, buat untuk yang lain2 pulak 

5. 1st 30 yang siap jahit

6. 50 ekor dah siap berjahit

7. selepas siap jahit, tampal corak bintik kat badan dino

8. selepas tu tampal mata pulak

9. akhir sekali letak ring  pada dino

 10. tadaa...50 ekor dino siap di packing dan akan di hantar kepada tuan yang order...

*** special thanks to syak & family sebab promote bisnes kecil-kecilan ini sampai ade orang order banyak2...now ade banyak tempahan & semoga aku berjaya siapkan semua (^_^)








31 January 2012

yang terhasil setakat ini...

Tahun ini aku telah membuat keputusan untuk kembali membuat hasil seni yang telah lama berkubur, tapi pada awal nya untuk sekadar hobi semata - mata. Tapi bila dah ade yang request untuk tempah macam2 then bertukar kepada berniaga kecil-kecilan pada kawan2...thanks sangat2 kepada yang memberi sokongan kepada aku setakat ini...

puffy doll pertama terhasil ... ni beli D.I.Y kay kedai..complete 1 set

ni saje wat untuk cuba2...memang ade plan nak wat macam2 karakter...akan terhasil nanti..

 volswagen mini,car key chain...request by kak niza,...

 mini dino key chain...request by oleh syak...


 dino doll...request by syak...

girl dino doll...request by kak niza... 

bathing ape key chain...request by syak

inilah yang terhasil setakat ini...ade lagi yang menempah so tengah struggle nak siapkan yang laen2...dan paling terperanjat...dapat tempahan untuk wedding door gift...thanks for all the supporter...nanti produk laen akan keluar pulak (^_-)

31 December 2011

puffy dollzzz 1_rabbit

 post kali ini aku akan ajar cara macam mane nak buat rabbit dollz made from kain felt...aku pon baru nak mula buat hasil seni setelah sekian lama terkubur...minat datang semula selepas terjumpa ade satu kedai yang jual D.I.Y. cara macamane nak buat patung rabbit (seperti dalam gambar)...okeh pelajar2...mari kite mulakan =)


 1. bahan2 = kain felt putih dan pink, kapas, jarum jahit, benang putih,pink dan hitam, manik (untuk buat mata), gam uhu, gunting dan phone strap
-semua bahan2 tadi boleh didapati kat kedai jual art & craft of kedai untuk buat hiasan bahan hantaran pengantin-

 2. lukis bahagian2 seluruh anggota rabbit 
a) 2 bulatan untuk kepala
b) 2 bahagian badan
c) 4 bahagian tangan
d) 4 bahagian kaki
e) 4 bahagian telinga

 3. potong semua bahagian tadi seperti di dalam gambar di atas, biarkan ade lebih sikit untuk bahagian yang akan dijahit, kalau potong betul2 ikut saiz yang dilukis takut nanti jadi kecik pulak

 4. ambil bahagian muka dan corakkan seperti gambar di atas

 5. mulakan menjahit bahagian kepala rabbit ni...teknik jahitan insang pari digunakan untuk menjahit rabbit ini 

 6. masukkan filling (kapas) ke dalam bahagian kepala dan sambung jahit sampai siap kesemua anggota

 7. bahagian kepala dan badan di cantumkan sekali gus

 8. jahit semua anggota yang terpisah sehingga siap

9. kemudian cantumkan semua anggota badan seperti dalam gambar
dan akhir sekali potong kain felt warna pink berbentuk bulat(2 keping kecik) sebagai blusher dan tampal menggunakan gam uhu di kedua belah pipi rabbit 

10. akhirnya...tada...siaplah patung rabbit dari kain felt...boleh jugak cuba untuk corak2 lain...akan bersambung di kleas yang akan datang pula...hihi...

SELAMAT MENCUBA