apakah itu senibina belon??
senibina belon boleh dikatakan sebagai peniruan secara langsung elemen sesuatu style senibina dan diadaptasi kepada satu style senibina lain...sebagai contoh...penerapan nilai senibina melayu tradisional ke dalam senibina moden...
contoh senibina belon yang terdapat di Malaysia adalah podium ibu pejabat Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) di Kuala Lumpur. Senibina belon yang dikaitkan dengan reka bentuk podium ibu pejabat BBMB itu ialah ia meniru secara terus reka bentuk rumah melayu kelantan dengan dibesarkan beberapa kali ganda, sedangkan bangunan yang direkabentuk tersebut bukan lagi sebuah rumah melayu. Perumpamaan 'belon' pada senibina tersebut bukanlah dari segi bentuknya tapi keadaan fizikal rumah tersebut yang dibesarkan berganda dari saiz yang asal.

hasil daripada senibina belon ini boleh memberi impak yang negatif kepada masyarakat luar bahawa pemikiran para arkitek di negara ini mengenai senibina tidak berkembang...
maka...para designer di luar sana..elakkan dari mengunakan style senibina belon jika tidak mahu di cop 'berfikiran sempit' dan ketandusan idea...
No comments:
Post a Comment