24 September 2009

lidah yang tergelincir

anda mungkin pernah mendengar atau terbaca cerita ini..di sini aku sekadar mahu berkongsi cerita ini dengan kalian...

pada suatu hari...seorang ahli sufi yang termasyhur bernama Syaqiq telah membeli sebiji tembikai...kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya...apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan...ternyata buah tembikai itu tidak elok...maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan itu...
maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya...

" kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu? adakah kepada penjual?...pembeli?...penanam?...atau PENCIPTA buah tembikai itu?"

terdiamlah isterinya...kemudian Syaqiq meneruskan kata-katanya...

" adapun si penjual...sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik...adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga...bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga...maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada PENCIPTA buah tembikai ini...maka bertaqwalah engkau kepada ALLAH dan redhalah dengan segala ketentuan-NYA."

maka menangislah isteri Syaqiq lalu bertaubatlah dia dan redhalah dia dengan apa yang telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T.

pernahkah peristiwa begini berlaku kepada kita??...jawapannya sudah tentu dan mungkin selalu...agaknya sudah berapa kali kita memarahi tuhan sebab bagi kita buah-buahan yang buruk?mungkin bukan buah-buahan sahaja...makhluk ALLAH yang lain juga...

hakikatnya...kita sebagai hamba ALLAH yang selalu leka sering tergelincir lidah...dalam mempertikaikan sesuatu barang...tidak sedar telah mempertikaikan ciptaan TUHAN...banyak sekali pertikaian...kadang2 sesuatu kejadian terjadi tidak seperti dirancang...sesuatu peristiwa atau tragedi...kita telah mempertikaikan TUHAN...

Rasulullah pernah berkata..." kata2 itu lebih tajam daripada mata pedang "

dalam tidak sedar...kita sering mempertikaikan kejadian tuhan...
ingatlah...dengan lidah seseorang boleh memulakan hidupnya sebagai seorang islam iaitu dengan mengucap dua kalimah syahadah dan dengan lidah jua seseorang boleh menjadi kufur bahkan murtad dengan mempertikaikan perbuatan tuhan

maka...awasilah percakapan kita sehari-harian dan berfikir sebelum berkata-kata agar diri kita selamat dari di dakwa di akhirat kelak...renung-renungkan dan selamat menjaga lidah anda...


sedikit sebanyak di adaptasi dari Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj...membina jati diri gemilang




No comments: