30 ogos 2011
2 kereta - 1 unser : mak, abah, qilah & suha - 1 viva : aku & angah
0510
Bertolak ke kampung di Pekan, Pahang dari Rawang, Selangor
0620
Berhenti solat subuh di Masjid Ketari, Bentong, Pahang
0820
Berhenti solat raya di Masjid Jaya Gading ( area TUDM Kuantan ) - actually nak solat raya kat Surau rumah nenek tapi sebab sampai so singgah je la mane yang sempat
0900
Hendak bertolak pulang ke destinasi-rumah nenek di Pekan tapi abah tiba2 tukar plan nak beraya kat rumah sedara-mara seblah abah dulu .... Baru nak gerak mak baru perasan handbag yang mak tinggal dlm kereta unser takde!...puas cari tapi still takde...semua dokumen penting termasuk barang kemas, duit sendiri & duit raya untuk sedekah, barang peribadi ada dalam handbag tu, tengah serabut so amek inisiatif untuk pegi buat laporan polis di balai berdekatan
0915
Balai polis seblah masjid je, rupa-rupanya kes handbag mak aku ni kes ke-3 untuk hari itu & berlaku di tempat yang sama, pihak polis bagitau memang kawasan masjid tu 'black area' sebab selalu ade laporan kehilangan wang if tinggal dalam kereta
1120
Baru boleh keluar dari balai, tunggu polis wat laporan bagai ( sori to say tp servis lembab nak mampos )
1130
Singgah beraya di rumah ayah sedara di Batu 9, Kuantan
1200
Gerak ke rumah ayah sedara di Perumahan 500, Pekan
1230
Gerak ke rumah mak sedara di Kg Parit Tengah, Pekan
1300
Akhirnya sampai ke tempat utama, rumah nenek seblah mak di Kg Parit Tengah, Pekan
1600
Mentidurkan diri sebab letih terlampau
1800
Mak kejut sebab tetamu ramai sangat, tak cukup tangan nak layan
1820
Memagickan diri ke rumah akma, geng2 skolah da lame ajak aku kuar beraya tapi time tu aku tido...so tetap beraya walau dengan baju selekeh a.k.a. Baju basuh pinggan
1930
Balik rumah nenek, meneruskan kerja2 normal melayan tetamu sampai ke malam
0000
Baru boleh tido, tetamu last balik pukul 2330
Sekian cerita raya pertama tahun 2011.
No comments:
Post a Comment