31 December 2011

puffy dollzzz 1_rabbit

 post kali ini aku akan ajar cara macam mane nak buat rabbit dollz made from kain felt...aku pon baru nak mula buat hasil seni setelah sekian lama terkubur...minat datang semula selepas terjumpa ade satu kedai yang jual D.I.Y. cara macamane nak buat patung rabbit (seperti dalam gambar)...okeh pelajar2...mari kite mulakan =)


 1. bahan2 = kain felt putih dan pink, kapas, jarum jahit, benang putih,pink dan hitam, manik (untuk buat mata), gam uhu, gunting dan phone strap
-semua bahan2 tadi boleh didapati kat kedai jual art & craft of kedai untuk buat hiasan bahan hantaran pengantin-

 2. lukis bahagian2 seluruh anggota rabbit 
a) 2 bulatan untuk kepala
b) 2 bahagian badan
c) 4 bahagian tangan
d) 4 bahagian kaki
e) 4 bahagian telinga

 3. potong semua bahagian tadi seperti di dalam gambar di atas, biarkan ade lebih sikit untuk bahagian yang akan dijahit, kalau potong betul2 ikut saiz yang dilukis takut nanti jadi kecik pulak

 4. ambil bahagian muka dan corakkan seperti gambar di atas

 5. mulakan menjahit bahagian kepala rabbit ni...teknik jahitan insang pari digunakan untuk menjahit rabbit ini 

 6. masukkan filling (kapas) ke dalam bahagian kepala dan sambung jahit sampai siap kesemua anggota

 7. bahagian kepala dan badan di cantumkan sekali gus

 8. jahit semua anggota yang terpisah sehingga siap

9. kemudian cantumkan semua anggota badan seperti dalam gambar
dan akhir sekali potong kain felt warna pink berbentuk bulat(2 keping kecik) sebagai blusher dan tampal menggunakan gam uhu di kedua belah pipi rabbit 

10. akhirnya...tada...siaplah patung rabbit dari kain felt...boleh jugak cuba untuk corak2 lain...akan bersambung di kleas yang akan datang pula...hihi...

SELAMAT MENCUBA

No comments: