24 November 2009

resepi ringkas dari ninie

anda lapar??...tapi tak cukup budget nak makan sedap2 kat luar??...anda cuma ade megi sahaja dalam stok makanan anda??...jangan bimbang...di sini ninie mahu memperkenalkan resepi yang sangat ringkas dan mengenyangkan perut anda...

memperkenalkan resepi hari ini...MURTABAK MEE SEGERA (kalo kat skolah aku dulu glemer gile makanan ni..kitorang panggil murtabak megi)




1. bahan2 adalah seperti berikut...

2 bungkus mee segera berperisa kari...(nak pakai perisa lain pon boleh...ikut selera masing2)...
1/2 mangkuk mixs vegetable...
2 biji telur
1 ulas bawang besar
sedikit minyak untuk menggoreng


2. didihkan mee segera bersama2 mixs vegetable


3. selepas mendidih...toskan air dan ambil mee segera bersama2 mixs vegetable tadi...masukkan perencah kari...bawang yang telah dipotong dan dua biji telur ke dalam bekas dan gaul sehingga sebati...


4. seterusnya..goreng campuran tadi ke dalam kuali yang telah dipanaskan...bentukkan bahan2 tadi menjadi bentuk bulatan dalam kuantiti yang sedikit...(atau anda boleh goreng dalam ring seperti dalam gambarajah di atas...ring tempat orang goreng telur untuk wat benjo tu..)

5. goreng hingga masak...dan boleh dihidangkan


6. kalo rase2 nak telur lebih... boleh tambah telur..segala bahan2 adalah flexsibel mengikut kehendak masing2...

so jadi lah murtabak mee segera...mudah...ringkas dan sedap dimakan..hehe...selamat mencuba...

1 comment:

the Crafter said...

waaahhhh... nk try!!! thanks nini for the recipe.. :D